Pages

About

Saturday, 8 February 2014

BUKAN HABIT BURUK.

SYARAH MUSTAFA SUKA APPLE!

Aku ni ada jugak habit buruk (bg aku lah)sblm mkn apple tu suka sngat cium .. atau ambik bau buah apple tu dulu.. sirius.. rasa best! calm sgt.. subhanallah.. hebat nya buah ciptaan allah.. tapikan.. malam ni baru tawu ghupanye bukan habit buruk pn.. it's is a good habbit.. mak suka beli apple kan.. so.. sampai besaq la hari ku mst ada apple.. dn skarang lebih parah bila tiap hari nak makan apple je.. :D mum know what  the best  for us right. kami kn berketurunan masalah darah.. may be lah kot as a step to prevent cancer..??  previous kes may be.. lung problem..  what ever lah.. hantaran nk buah apple 1 lori ye. :) ok gurau. tp mst ada apple! MESTI .WAJIB.. (bukan hado orang baca pong!)  =_= what everlah.. asalkan "terubat derita merindu"  . ok dh melalut. 

cantiknya pokok apple!
Dekat bawah ni ada sikit info khasiat buah apple:

TAHUKAH ANDA..Tentang fakta khasiat buah Epal? . Buah Epal mempunyai khasiat tersendiri, epal merah dan epal hijau mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya mempunyai khasiat yang sama iaitu banyak memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesihatan mental.Antara kelebihan Epal ialah :- Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.- Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.- Mengurangkan risiko penyakit jantung.- Melindungi sendi tulang.- Membantu mengekalkan berat badan ideal (epal hijau).- Kandungan serat Epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.- Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.- Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.- Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan Epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.Saidina Ali Bin Abi Thalib :“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”Antara Khasiat yang terdapat dalam Epal ialah:-
1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.
3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
4) TIP PENTING!!!Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
5)Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
6)Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.Sesiapa yanghendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan .

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.
Lagi Khasiat Epal
-Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.-Epal Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.-Epal Membantu kesihatan membran paru-paru.-Epal Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.-Epal Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.-Epal Membantu mengekalkan berat badan.
buah epal,apple,khasiat epalBuah Epal banyak Khasiatnya.Buah epal juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.
Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Epal
KARBOHIDRATLEMAK PROTIENVITAMIN B1 - TIAMINAVITAMIN B2 - RIBOVLAVINVITAMIN B3 - NIASIN VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIKVITAMIN B6 - PYRIDOXINVITAMIN B9 - ASID FOLIKVITAMIN CFERUMFOSFORUSKALIUMKALSIUM & MAGNESIUMZINKTANINBARONFLAVOIDASAM D-GLUCARICQUERCETINASAM TARTAR
Di dalam buah epal terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.
Salah satu kandungan buah epal yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.
Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.
Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah epal mengandung zat quercetin.
Di dalam sebiji epal juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.
Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/01/khasiat-buah-epal-apple.html#ixzz2skH18Lvm


No comments:

Post a Comment