Pages

About

Thursday, 27 February 2014

DH HABIS INTERNSHIP!

ALHAMDULILLAH... hari ni last day aku kutip experience dekat firm. letih.. bila terkejar2 buat 3 project.. running at the same time.. harap2 lah design dan idea history wall sukma 2014  yang aku buat dekat stadium tu di publish.. dan propose diterima.. ad juga lah yang bole dibanggakan.. dan as a semangat aku teruskan perjuangan aku dalam bidang yang mencabar ni.. work with  a lot of male worker.. and always work together with them..ok.. dh letih sangat.. dan mengantok sangat..it's better than "letih bersedih dan berfikir".. mohon sentiasa sibuk selalu dengan pekara yang berfaedah..zzzzzzzzzzzz.. happy birthday to me for tomorrow.. even xda 29/2/.. :')  TQVM mak lahirkan sya.

Saturday, 8 February 2014

BERSEDIAKAH AWAK?

"definisi cinta by hilal "
 this is what i think..and i want to tell you.. saya masih belaja @mencari ilmu dalam "persiapan" kehidupan yang semakin mencabar..just mintak masa untuk belajar.. dan mencari ilmu.. mengenali kehidupan. .untuk persediaan suapaya kehidupan di redhai Allah.. if read my blog.. baca,fikir,faham, dan bertindak. sya tahu sya susah hendak terima kenyaataan.. i'll try to forgive and forget..istikharah dh terjawab ketika sya "mati" seketika.. doakan sya berjaya ..kaya.. dn bahagia.. smoga awk berdua bahagia..

Read this,from langit ilahi blog:
Ketika penghujung usia saya 18 tahun, yakni penghujung tahun 2007, saya keluar mengembara bersama junior-junior saya. Dalam kembara itu, salah seorang junior saya yang merangkap adik usrah saya, meminjam laptop saya untuk ‘transfer’ gambar familinya dari ‘hard disk’ kepada ‘pen drive’.
Allah izin, ketika itu saya ternampak gambar dua orang perempuan bertudung labuh, berpakaian serba biru. Walaupun hanya sebentar saya ternampak gambar tersebut, salah seorang daripada dua perempuan itu seperti melekat di dalam jiwa saya. Walaupun ketika itu, tidak saya tahu siapa namanya.
“Kakak enta?” Saya bertanya adik usrah saya.
“Ha? Ah, ha’ah.”
Baru saya teringat yang dia ada kakak. Saya tahu semasa saya berta’aruf dengannya dua tahun sebelum itu. Tetapi selama ini saya tidak pernah ambil tahu siapa kakanya, wajahnya bagaimana, dan sebagainya. Antara cara saya menghormati persahabatan adalah, sekiranya sahabat saya ada adik perempuan, saya tidak akan bersembang atau menyentuh akannya.
Saya diam panjang selepas itu hari itu. Sebab saya benar-benar rasa ada satu perasaan aneh berlari-lari dalam jiwa saya selepas melihat gambar itu.
“Jatuh cinta? Sebab tengok gambar sahaja? Gila.”
Saya masih ingat, betapa saya marah kepada diri saya.
Memberikan Diri Masa.
Selepas diri ini mengikuti penyampaian demi penyampaian berkenaan rumah tangga, cinta dan perkahwinan, saya amat arif akan tipu daya syaitan dalam urusan ini. Perasaan-perasaan yang membuatkan manusia akhirnya buta, lalu mengejar sesuatu yang tidak pasti seperti orang gila, bermain-main dengan perasaannya.
Berbanding sibuk kemaruk dengan perasaan itu, atau rasa ‘syok’ mempunyai perasaan cinta yang berbunga, saya telah memberikan diri saya masa.
Penghujung tahun 2007, sekitar bulan November, perasaan itu tumbuh dalam diri saya. Semenjak hari itu, sehinggalah pertengahan tahun 2008 sekitar bulan Mei atau Jun, saya mempersoalkan perasaan saya itu.
“Tengok gambar sudah jatuh cinta? Gila.” Itu saya ulang entah berapa kali.
“Kenalkah? Tidak. Tahu dia bagaimana? Tidak. Pernah jumpa? Tidak pernah. Bagaimana boleh nak cintakan dia? Nama pun kita tidak tahu!” Antara soalan saya pada diri saya setiap hari.
Pernah juga diri saya ‘mengajak’ untuk saya berkenalan dengannya. Jadi, saya pergi ambil Buku MATRI yang menyimpan gambar pelajar-pelajar MATRI, dan mula mencari. Kakak junior saya itu ada dua, saya hanya tahu nama, tetapi tidak tahu siapa pemilik namanya. Saya mencari nama tersebut, dan menjumpainya di dalam satu kelas. Ketika itu baru saya kenal, pemilik wajah ini bernama ini, dan pemilik wajah itu bernama itu.
Rupanya saya jatuh hati kepada yang bernama sekian.
Namun itu masih tidak menenangkan saya.
“Dia adik dan kakak kepada sahabat kita. Risau ini akan rosakkan hubungan kita dengan sahabat-sahabat kita.” Antara alasan untuk saya ketepikan perasaan itu, memandangkan adik dan abangnya adalah sahabat saya.
Begitulah saya mempersoalkan perasaan itu. Memang tujuan saya adalah untuk menimbulkan keraguan di dalam diri saya, agar perasaan itu tersisih dan hilang pergi. Kerana saya tidak mahu diri saya terjebak dengan perasaan yang palsu. Saya tidak mahu dipermainkan syaitan yang sering menipu.
Lama saya fikir. Amat takut jika ini hanya perasaan main-main sahaja.
Kata mahu bercinta secara luar biasa!
Maka mustahil dengan sekadar rasa-rasa, terus menganggap itulah dia cinta yang sebenarnya!

Ya, Aku Telah Jatuh Cinta.
Saya tidak berani mahu menyatakan ‘Allah hendak saya bertemu dengannya’, kerana saya tidak tahu apa yang Allah mahukan sebenarnya. Tetapi telah berlaku dalam sejarah hidup saya, saat saya bertalu-talu berusaha menyisihkan perasaan yang ada dengan memberikan pelbagai keraguan agar saya membuangnya, keyakinan datang membuatkan saya menjadi tetap dengan perasaan yang ada.
Dari November 2007, hingga sekitar bulan Mei atau Jun 2008, saya bertarung dengan perasaan itu dan ingin menyisihkannya, kerana tidak berasas. Namun pada sekitar bulan Mei atau Jun 2008 itu, saya telah dipilih oleh arwah Ummi Halimaton, guru Bahasa Malaysia di MATRI, untuk menjadi pengerusi kepada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemelarngan MATRI. Sedangkan, tugas itu sepatutnya dilaksanakan oleh mereka yang bertaraf guru juga. Saya, memandangkan mempunyai hubungan yang rapat dengan Ummi Halimaton, menerimanya tanpa banyak bicara.
Apa yang menakjubkan ketika itu adalah, salah seorang yang menerima hadiah adalah perempuan yang saya jatuh hati kepadanya itu. Saya sendiri tidak perasan, melainkan ketika sesi rehearsal penyampaian hadiah. Ketika sesi rehearsal majlis penyampaian hadiah, dia pula tidak hadir. Tetapi kala majlis yang sebenar berjalan, ketika itulah saatnya saya mendapat yakin.
Saya memberanikan diri mengangkat mata saya untuk melihatnya.
Saya masih ingat perasaan ketika itu. Tidak sampai sesaat saya memandangnya, saya terasa seperti dibakar dengan kelembutan wajahnya, senyumannya saat menerima hadiah, dan dengan cepat saya mengalihkan pandangan saya semula.
Di situ, perasaan saya jadi semakin kuat. Hingga terdetik di dalam hati saya ketika itu: “Allah susunkan perkara ini kerana mungkin dia memang jodoh aku!” Walaupun kini, saya kurang bersetuju dengan kenyataan sedemikian rupa. Kita tidak pernah tahu Allah susunkan apa untuk kita, dan kita tidak pernah akan mampu pastikan, apakah satu-satu peristiwa itu menandakan si dia atau si dia sebagai jodoh kita. Kita tidak akan mampu. Ini saya akan bicarakan lagi secara detail di lembaran lain.
Selepas peristiwa itu, walaupun perasaan menjadi ‘besar’ dan ‘kuat’, saya tidak pantas pergi kepada perempuan yang saya suka. Saya tidak pantas menghubunginya. Kerana jelas, saya ada definisi cinta saya. Saya masih mengambil langkah yang berhati-hati.
Cinta bukan kerana wajah. Cinta bukan kerana harta. Cinta bukan kerana dunia. Cinta ini mestilah membawa ke syurgaNya. Cinta ini mestilah memberikan manfaat kepada agamaNya.
Maka, saya bermula dengan ingin mengetahui diri dia yang sebenarnya. Pada saya, jatuh cinta hanya kerana keindahannya, bukanlah satu alasan yang cukup untuk sebuah cinta yang luar biasa. Kembara saya bermula.
Saya pergi kepada guru demi guru di MATRI dan bertanya akan perempuan yang saya suka itu. Bertanya akan akhlaknya, sikapnya, peribadinya. Saya pernah juga, secara tidak langsung, bertanya kepada abangnya dan adiknya. Untuk benar-benar mengetahui, bagaimanakah dirinya. Kemudian saya bertanya juga kepada beberapa kakak senior akan dirinya.
Itupun pada saya masih tidak mencukupi. Berkahwin dengan seseorang, bererti berkahwin dengan keluarganya. Maka bagaimana keadaan keluarganya? Ibu Bapanya? Saya pernah pergi ke rumahnya sebelum itu, atas dasar menziarahi rumah sahabat dan junior saya. Ketika itu, seluruh keluarga mereka ada di rumah. Jadi saya lebih banyak bersama dengan sahabat saya, berbanding bermesra dengan Ibu dan Ayahnya. Jadi, peluang tidak banyak buat saya ketika itu.
Maka saya mengambil keputusan untuk mengembara lagi ke rumah itu, kali ini sekadar untuk bermesra dengan Ibu dan Ayahnya. Kebetulan saya ada Kursus Pelajar Ke Luar Negara berdekatan dengan rumahnya, maka saya berjaya mendapat peluang untuk menziarahi Sang Ayah dan Sang Ibu, kala anak-anak mereka tiada. Di sana, saya meneliti Ayah dan Ibu perempuan yang saya cintai.
Sederhana.
Sejenak saya bandingkan keluarga itu dengan keluarga saya, saya terasa seakan satu ‘kelengkapan’ dalam kehidupan sekiranya saya mendapat mertua sedemikian rupa.
Ketika itu saya putuskan di dalam diri saya,
Ya, aku telah jatuh cinta.
Bukan kerana wajahnya yang menawan. Tetapi kerana mengetahui betapa sederhananya dia dan keluarganya. Selepas memastikan akhlak, memastikan keadaan famili, barulah saya semat di dalam jiwa, bahawa saya cinta kepadanya, dan ingin dia, menjadi isteri kepada saya.

Tidak Terus Meluahkan Kepadanya.
Saya tidak pula terus meluahkan kepada perempuan yang saya cintai itu akan hajat saya. Akan perasaan saya. Tidak.
Bahkan kala bertemu dengan Ibu dan Ayahnya, saya tidak berkata apa-apa pun fasal perempuan itu. Saya menziarahi, hanya dengan menggunakan lesen bahawa saya adalah sahabat kepada anak-anak lelaki mereka. Sekadar untuk memerhatikan Ayah dan Ibunya dengan lebih dekat.
Saya ketika itu seringkali berpesan kepada diri saya agar berhati-hati dalam urusan ini, agar kalaulah saya tidak dapat pun menjadikan perempuan yang saya cintai itu sebagai isteri saya, saya berharap hubungan baik saya dengan keluarga mereka tidak terjejas.
Walaupun saya tidak meluahkan kepada perempuan yang saya cintai, mahupun keluarganya, saya tetap meluahkannya kepada Ummi dan Abah saya. Saya memandang bahawa jika kita serius mencintai seseorang, maka kita hendak masuk ke syurga bersamanya. Hendak masuk ke syurga, semestinya dengan mengambil jalan yang baik. Maka antara hendak memastikan bahawa kita berada di atas jalan yang baik, adalah dengan berbincang dengan orang yang lebih tua, contohnya Ibu Bapa kita.
Ketika saya memberitahukan perkara itu, Abah berkata:
“Muda lagi ni. Berikan masa.”
Ummi pula berkata: “Kahwin sekarang dah mahal. Kurang-kurang mahu RM20,000.”
Saya tidak memilih untuk memberontak dan mempersoalkan kata-kata mereka. Tetapi saya pada ketika itu, memilih untuk mengambil kata-kata mereka sebagai satu pandangan lain bagi mengimbangi keinginan saya. Benar, saya masih muda, perlukan masa untuk menggapai kematangan biar keluarga yang saya bina nanti ampuh dalam perjalanan menggapai redha Tuhan. Benar, saya perlukan kekuatan agar mampu menyara kehidupan.
Maka tidak lama kemudian, saya menghasilkan perancangan kehidupan saya, dan membentangkannya depan Ummi dan Abah. Bagaimana saya mahu mendapatkan wang, bagaimana saya mahu belajar di Universiti, berapa tahun, bila saya rancang untuk berkahwin, dan bagaimana saya hendak meneruskan kehidupan. Ya. Pada saya, itulah tanda keseriusan saya.
Sebelum saya menyambung pengajian di Jordan pada September 2008, saya memilih untuk meberitahu abang kepada perempuan yang saya cintai akan perasaan dan hajat saya. Abangnya adalah antara sahabat saya yang terakrab, jadi saya kira dia patut mengetahuinya. Sang Abang sekadar menyatakan bahawa dia tidak punya kuasa apa-apa dalam hal itu, walaupun dia mampu menerima dengan senang hati jika saya benar ingin menjadikan adindanya sebagai isteri saya.
Justeru, saya terbang ke Jordan dengan wawasan.
Wawasan untuk membina peribadi, agar menjadi yang lebih baik lagi. Membina juga kekuatan ilmu, kewangan, dan kekuatan agar mampu memimpin serta membina sebuah keluarga yang diredhai Ilahi. Begitulah, baru saya yakin untuk melamar seorang bidadari yang menyentuh jiwa saya. Pada saya dia mahal, maka saya juga perlu menjadi ‘mahal’ untuk melamarnya.
Dengan wawasan itu, saya corakkan kehidupan universiti saya.

Patutkah Kita Meluahkannya?
Apa yang saya sampaikan tadi, adalah situasi saya.
Mungkin ada yang akan bertanya, patutkah kita meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yang kita cintai?
Ada kata-kata ‘Islamik’ yang berbunyi: “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Tetapi berdoalah kepada Allah, agar Dia memberikan yang terbaik.”
Ayat ini kelihatan Islamik. Tetapi saya tidak bersetuju dengannya. Kalau suka, jangan luah. Hem. Bagaimana kalau nak buka laci, jangan buka laci. Pelik kan jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam agama realistik.
Saya berpendapat bahawa, kalau suka, kenalah ada perancangan untuk meluahkannya. Mahu tidak mahu, perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang kita rasa baik kepadanya.
Namun, luahkanlah dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan, dengan cara yang syar’ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya, luahkan kepada kedua-dua ibu bapanya. Sebelum meluahkan, bincang dengan Ibu Bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahan kita itu bukan satu perkara yang bermain-main.
Jadi sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan famili. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. Kemudian yakinlah, dan luahlah.
Janganlah diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk nak meluah-luahkannya.
Tetapi di sini, pada saya, “Kalau suka, jangan luah. Kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita.” Adalah satu statement yang jumud. Islam bukan sedemikian.
Binalah diri, binalah peribadi. Binalah perancangan untuk meluahkan rasa cinta.
Jangan luahkannya dalam keadaan ‘berbogel’, tanpa diri punya apa-apa.

Penutup: Masa dan Perancangan.
Pada saya, cinta yang buta adalah yang hanya dipandu perasaan. Manakala cinta yang celik adalah yang dipandu keimanan. Bila dipandu keimanan, maka matlamat cinta bukanlah semata-mata perkahwinan. Bahkan, matlamatnya adalah rumah tangga yang dihiasi keredhaan Tuhan.
Kerana cinta yang sebenar adalah yang membawa ke syurga.
Kerana itu, jika benar cinta, maka pastikan kita memberikan kepada diri kita masa, dan mempersiapkan diri kita dengan perancangan.
Jangan sesekali kita terburu-buru dan tergesa-gesa. Semuanya perlu dipertimbangkan. Agar kita tidak tertipu dengan perasaan kita.
Cinta itu pada saya bukan sekadar rasa-rasa. Mustahil jika hendak ke syruga, cukup dengan sekadar rasa-rasa!
Masa itu penting. Jangan berang apabila ada yang memberikan teguran bahawa kita ini masih muda. Walaupun mungkin nasihat itu bukan setiap masa relevan, tetapi kita sendiri perlu bijak menilai diri. “Apakah aku telah memberikan diri ini satu jangka masa untuk berusaha mencapai matang?”
Perancangan itu perlu ada. Kalau benar cinta itu hendak ke syurga, semestinya bukan semeberono sahaja!
Maka apakah namanya cinta jika kita dilalaikan dengan perasaan? Apakah namanya cinta jika sibuk dengan makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena dan sebagainya? Apa namanya jika kemaruk sampai melanggar perintah Allah SWT? Apa namanya cinta, jika terburu-buru hendak melangsungkan perkahwinan, tanpa wujudnya perancangan membina ‘kemampuan’ untuk menggerakkan sebuah keluarga? Itu semuanya murah!
Pada saya, memahami perkara ini, bertenang dalam menghadapi cinta ini, adalah hanya selepas kita memahami bahawa cinta itu adalah hendak bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang melempar ke neraka, itu bukan cinta namanya. Kerana itu, saya tekankan pembetulan kepada definisi cinta!
Ya, cerita saya mungkin sedikit tergantung di atas ini. Fokus saya dalam lembaran kali ini sekadar mahu menunjukkan situasi saya ketika saya ‘disapa’ oleh makhluk bernama ‘cinta’. Bagaimana saya berhadapan dengannya.
Kita akan sambung cerita di atas ini, dalam lembaran-lembaran yang mendatang.

SIHAT2 SELALU KAWAN2. BECAUSE I LOVE U.

READ THIS KAWAN2!~

1) PHYTOCELLTEC™MALUSDOMESTICA – selinduk daripada buah epal:
1378590_575795279122370_591296823_nUttwiler Spatlauber adalah nama pokok epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18 mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain, pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu pasukan sains di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec™ dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80% adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal.
Epal ini tidak sama seperti yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai, ia mengandungi antioksidan yang tinggi, jika buah epal ini jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan dan juga jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepat. Antara mereka yang telah menggunakan teknologi Sel Stem Epal dalam penjagaan kesihatan mereka seperti Michelle Obama, Jennifer Lopez dan Helen Mirren.
  2) PHYTOCELLTEC TM SOLAR VITIS – selinduk daripada buah anggur :
Stem Cell daripada anggur Gamay Teniturier Freaux. Gamay ialah sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia Mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Ia merangsangkan pembaruan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan gebu. Aktiviti sel stem kulit adalah factor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis kedua-dua melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis – walaupun dalam kes-kes tekanan yang disebabkan oleh UV.
3) ACAIBERRY :
1378589_575795362455695_1746645677_n Dianggap sebagai beri kecantikan dari Amazon. Acai adalah padat dengan sebatian yang membuat badan terasa dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan kebanyakan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan ginkgo dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan, beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega, asid amino, mineral semulajadi serta Vitamin A, B1 dan E.
Dari sudut pandangan kesihatan, kelebihan Acai adalah amat mengkagumkan, antaranya:
*Berat badan – meningkatkan metabolism dan menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak.
*Tenaga yang berpanjangan – berehat dengan lebih baik, bangun dengan lebih segar.
*Melancarkan peredaran darah, tumpuan dan ingatan – boleh meningkatkan peredaran darah ke otak supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental.
*Kulit yang lebih berseri – sebatian yang unik dan antioksidan menjadikan kulit dengan lebih muda dan segar. Merendahkan kolesterol, menguatkan jantung.
BUAH BLUEBERRY :
Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk anti penuaan, kencing manis, keletihan mata, menengangkan serviks/ payu dara, perlindungan sistem jantung, peningkatan selera makan, peningkatan daya ingatan, menyokong saluran darah, mengelak daripada jangkitan saluran air kencing dan juga pengurangan kolestrol dalam badan.
Buah yang tumbuh dimusim panas di Amerika Utara ini tumbuh secara liar seperti semak samun tetapi banyak sekali khasiat yang terkandung didalamnya. Selain buahnya, daun dan akar juga amat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Banyak dihasilkan dalam bentuk serbuk teh!

BUKAN HABIT BURUK.

SYARAH MUSTAFA SUKA APPLE!

Aku ni ada jugak habit buruk (bg aku lah)sblm mkn apple tu suka sngat cium .. atau ambik bau buah apple tu dulu.. sirius.. rasa best! calm sgt.. subhanallah.. hebat nya buah ciptaan allah.. tapikan.. malam ni baru tawu ghupanye bukan habit buruk pn.. it's is a good habbit.. mak suka beli apple kan.. so.. sampai besaq la hari ku mst ada apple.. dn skarang lebih parah bila tiap hari nak makan apple je.. :D mum know what  the best  for us right. kami kn berketurunan masalah darah.. may be lah kot as a step to prevent cancer..??  previous kes may be.. lung problem..  what ever lah.. hantaran nk buah apple 1 lori ye. :) ok gurau. tp mst ada apple! MESTI .WAJIB.. (bukan hado orang baca pong!)  =_= what everlah.. asalkan "terubat derita merindu"  . ok dh melalut. 

cantiknya pokok apple!
Dekat bawah ni ada sikit info khasiat buah apple:

TAHUKAH ANDA..Tentang fakta khasiat buah Epal? . Buah Epal mempunyai khasiat tersendiri, epal merah dan epal hijau mempunyai rasa yang berbeza tetapi keduanya mempunyai khasiat yang sama iaitu banyak memberi manfaat kepada tubuh badan serta kesihatan mental.Antara kelebihan Epal ialah :- Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.- Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.- Mengurangkan risiko penyakit jantung.- Melindungi sendi tulang.- Membantu mengekalkan berat badan ideal (epal hijau).- Kandungan serat Epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.- Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.- Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.- Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan Epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.Saidina Ali Bin Abi Thalib :“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”Antara Khasiat yang terdapat dalam Epal ialah:-
1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.
2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.
3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dalam epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.
4) TIP PENTING!!!Jangan biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.
5)Epal mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.
6)Kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal.Sesiapa yanghendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan .

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik - satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Kanak- kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak dalam badan.
Lagi Khasiat Epal
-Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.-Epal Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah.-Epal Membantu kesihatan membran paru-paru.-Epal Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.-Epal Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.-Epal Membantu mengekalkan berat badan.
buah epal,apple,khasiat epalBuah Epal banyak Khasiatnya.Buah epal juga memiliki kandungan tanin. Tanin adalah zat yang berfungsi membersihkan dan menyegarkan mulut, sehingga dapat mencegah kerusakan gigi dan penyakit gusi.
Kandungan Vitamin Dan Mineral Dalam Epal
KARBOHIDRATLEMAK PROTIENVITAMIN B1 - TIAMINAVITAMIN B2 - RIBOVLAVINVITAMIN B3 - NIASIN VITAMIN B5 - ASID PANTOTENIKVITAMIN B6 - PYRIDOXINVITAMIN B9 - ASID FOLIKVITAMIN CFERUMFOSFORUSKALIUMKALSIUM & MAGNESIUMZINKTANINBARONFLAVOIDASAM D-GLUCARICQUERCETINASAM TARTAR
Di dalam buah epal terdapat baron. Apakah baron itu? Baron berfungsi mempertahankan jumlah estrogen dalam tubuh seorang wanita.
Salah satu kandungan buah epal yang baik untuk menjegah penyakit adalah flavoid. Flavoid merupakan zat yang berfungsi menurunkan risiko kanser.
Asam D-glucaric yang terkandung di dalam epal merupakan zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol.
Quercetin merupakan zat yang diperlukan untuk meningkatkan kadar antioksidan sehingga tubuh terasa lebih sihat dan mencegah berbagai penyakit. Buah epal mengandung zat quercetin.
Di dalam sebiji epal juga terdapat asam tartar. Asam tartar dapat menyihatkan saluran pencernaan, karena zat ini mampu membunuh bakteria yang terdapat dalam saluran pencernaan.
Read more: http://www.oldtraffords.com/2011/01/khasiat-buah-epal-apple.html#ixzz2skH18Lvm


Friday, 12 April 2013

INTERIOR DESGN VS INTERIOR DECORATOR


Interior Decorator

  • Decoration is the process of dressing a room in finishes, including paint, trim, wallpaper, flooring and fabric. Interior decorators add ornamentation to rooms after construction is complete. However, they may consult with homeowners and designers during the design phase if the look they have in mind requires specific wood finishes or other such materials that must be installed during construction.
    There are various online and continuing education courses and certification programs that will give creditials to these creative individuals. But certification is not required to do business as an interior decorator.

Interior Designer

  • An interior designer is a professional that has a degree from an accredited institution; has worked as an apprentice for another interior designer; and has passed a proficiency exam. After taking this three-day exam, a designer receives a license to practice interior design within the state in which they are located. The degree program includes such subjects as color theory and space planning, and more in-depth subjects as accessibility (handicap or ADA) and building codes, building structure and construction, plumbing, and mechanical and electrical issues that pertain to residential, commerical and retail design. Interior designing will not only encompass the surface applications such as fabrics and finishes, but will also include structural changes required by the scope of the project.

    NCIDQ

    • The exam that professional interior designers must take to receive their licenses is the National Council for Interior Design Qualification or NCIDQ. In order to sit for the exam, an individual must have a combination of six years of education and work experience. For a four-year degree, a person must have two years of experience. For a two-year degree, four years of experience is required. Unaccredited designers may work in many different jobs in residential, commerical, health care or hospitality design, but only an individual that has passed the NCIDQ exam can legally use the title Interior Designer.

    Architects

    • While an interior designer is a state-licensed profession, there are still limitations to what she can do. If the scope of work for a project has structural changes that will require a permit, an architect must sign off on the changes in order for the designer to receive the work permit.

    Considerations

    • Obtaining a four-year or even two-year degree is a committment that not everyone has the time or energy to complete. If you have been decorating your home and the homes of friends and family, take photos and set up a website. You can supplement your inherent talent with certificate programs that teach about color, types of fabrics and flooring. Word of mouth is often an interior decorator's best source of work, so you don't have to join an association or decorating firm to test your abilities. If you want to work in commercial interior design, however, know that those positions will require a degree.
      this entry more profesional then the past entry. haha.."maturity is important!!" masih terasa dgn ayat nih!
      we are not like >> eric leong


    Read more: Differences Between Interior Decorating & Interior Design | eHow.com http://www.ehow.com/about_5376695_differences-interior-decorating-interior-design.html#ixzz2QECJPaRb

Sunday, 7 April 2013

COURSEWORK IA SEM SATU

rumah banglo:
yang nampak transparent tu pakai perspek..bole tahan nk  potong.. ala2 glass wall la konon.. kan banglo banyk dinding pakai glass..yang tinted la..client aku cari kak jana hasfizah..atlit..kenal x? nt aku upload.
sebanarnya tak sempat siap.. bunbung tu aku rembat je orang punya.. lepas tu snap gambar hantar dekat prof. mudah kan.. haha...jagan tiru cara saya..:D. knapa perlu ccari client? sebab.. kita ditugaskan buat design ikot client desire... so.. kalo xikot apa yg client nak.. design ikot kepala hotak sendri.. jadi la macam aku.. haha.. b+ je.. dah la xsiap.. document bersepah..kurang.. xcomplate.. board xkemas.. biasa la sem satu kan.. baru nak belajar.. mana ada orang masuk belajar terus pandai.. kan... ? sem lepas jadi pengajaran.. keja last minit jugak factor aku tak siap.. mana idak nyer.. esok prof nak tengok development idea.. malam  baru terhegeh-hegeh nak contact client.. nak google.. nak perint.. nak sketch.. kan smua tu memebawa bala.. haishh..banyk lagi gmbar nk d upload. tp xcukup space.. dan line broadband  sagt lembab..=.=. ok sekian..